Kembara Mahkota Johor 2009 2010 Archive : 2009 |  2008
 
BUAL BICARA Y.BHG. TUAN HAJI A. JABAR BIN HAJI MD.TAHIR, PENGURUS BESAR MAJLIS TINDAKAN PELANCONGAN NEGERI JOHOR DI DALAM PROGRAM ”NASI LEMAK KOPI – O” SIARAN TV9 9.00 PAGI, SRI PENTAS, PERSIARAN BANDAR UTAMA
SOALAN 1 : Y.BHG. TUAN HAJI, APA YANG DIPERKATAKAN MENGENAI KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2009 – JELAJAH PEDALAMAN?
   
1.1 Kembara Mahkota Johor adalah merupakan cetusan ilham DYAM Tunku Mahkota Johor sejak tahun 2001 – lahir keinginan DYAM Tunku Mahkota Johor untuk belajar, memahami dan meninjau keadaan RAKYAT JELATA di setiap pelusuk desa, kampung dan bandar;
   
1.2 Kembara Mahkota Johor juga telah disenaraikan sebagai acara utama tahunan dalam kalendar pelancongan negeri Johor sejak tahun 2001 hingga 2009 dan sebagai acara utama di peringkat Kerajaan Negeri;
   
1.3 Kembara Mahkota Johor 2009 Jelajah Pedalaman adalah merupakan penganjuran edisi bagi kali yang ke-11 (Termasuk Kembara Mahkota Jelajah Pulau 2004 dan Kembara Mahkota Johor ke Perkampungan Orang Asli 2005) oleh DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar Al-Haj, bersama-sama YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selain penyertaan melibatkan orang kenamaan, pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri Johor dalam rangka program “turun ke padang” untuk bertemu dan beramah mesra dengan rakyat jelata;
   
1.4 Acara yang berkonsepkan pengembaraan pacuan 4 roda (4x4) yang diketuai oleh DYAM Tunku Mahkota Johor akan turut diiringi oleh DYAM. Raja Muda Johor yang akan menjelajah ke setiap Laluan Kampung, Mukim, Daerah di seluruh negeri Johor bermula pada 4 – 7 Julai 2009 selama tempoh 4 dan 3 malam;
   
1.5 Acara yang akan dimulakan dengan pelepasan oleh Y.A.B Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor di Bukit Timbalan Johor Bahru pada 4hb Julai 2009 pada jam 8.00 pagi. DYAM Tunku Mahkota Johor akan MEMULAKAN PENGEMBARAAN kenderaan pacuan empat roda dengan jarak perjalanan melebihi 1088.0 kilometer meredah keadaan cuaca yang tidak menentu dalam suasana hujan / panas dengan matlamat meninjau pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk rakyat dan mendekatkan institusi (istana) Diraja dengan rakyat jelata di seluruh negeri Johor.
     
SOALAN 2 : APAKAH YANG UNIKNYA MENGENAI PROGRAM INI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PENDEKATAN PROGRAM – PROGRAM KERAJAAN YANG LAIN ?
   
2.1 Jika disingkap sejarah silam, apabila Raja-raja Melayu sering diTANDU apabila ingin berangkat ke tanah jajahan dalam rangka pertemuan dengan rakyat, maka pengangkutan seperti gajah diiringi paluan gendang, bala tentera akan digunakan sepenuhnya;
   
2.2 Diterjemahkan dalam bentuk pengembaraan diketuai seorang putera raja, pewaris takhta iaitu DYAM Tunku Mahkota Johor dengan cara/ gaya TERSENDIRI mendekati rakyat bersama pegawai-pegawai kanan kerajaan Negeri berkonvoi/berkembara menggunakan pacuan 4 roda dari satu daerah ke satu daerah turun ke padang bagi melihat sendiri pembangunan yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan kepada rakyat. Program ini boleh disifatkan sebagai HAND’S ON;
   
2.3 Melalui pendekatan acara Kembara Mahkota Johor 2009 – Jelajah Pedalaman juga telah memberi gambaran menarik pemantauan terhadap projek- projek pembangunan dan secara tidak langsung telah mempertingkatkan usaha-usaha membaiki kehidupan rakyat yang perlu diberi perhatian sepenuhnya terutama bagi kemajuan / keselesaan masyarakat luar bandar;
   
2.4 Acara ini juga memberi ruang yang CUKUP LUAS bagi SEGENAP lapisan RAKYAT JELATA untuk menemui, mengenali dan mendekati Baginda SECARA PERIBADI dan Keluarga Baginda SECARA DEKAT dengan penyertaan pelbagai program menarik yang disusun sepanjang Kembara Mahkota Johor 2009 Jelajah Pedalaman berkesempatan menemui rakyat pelbagai kaum, bangsa, agama, dan tanpa mengira darjat;
   
2.5 Keberangkatan Baginda DYAM Tunku Mahkota Johor ke setiap daerah akan memupuk kemesraan yang cukup BERMAKNA antara institusi istana, kerajaan dan rakyat dan ini dapat disaksikan kesediaan rakyat SABAN TAHUN menantikan ketibaan DYAM Tunku Mahkota Johor bersempena KEMBARA MAHKOTA JOHOR ini.
     
SOALAN 3 : SIAPAKAH YANG MENYERTAI ROMBONGAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI PROGRAM KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2009 JELAJAH PEDALAMAN INI?
   
3.1 Selain daripada penyertaan orang kenamaan, pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri Johor, Edisi Kembara Mahkota Johor 2009 Jelajah Pendalaman ini akan turut disertai oleh Y.A.B Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor dan barisan Ahli-Ahli Mesyuarat Johor bersama Ketua-ketua Jabatan yang telah bersedia untuk bersama-sama TURUN PADANG dalam merealisasikan konsep mesra rakyat disamping meninjau suasana kehidupan sambil bertemu / bermesra dengan rakyat seluruh Negeri Johor.
   
SOALAN 4 : APAKAH YANG BEGITU SIGNIFIKASI MENGENAI PENGISIAN KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2009 JELAJAH PEDALAMAN INI?

TRADISI YANG BEGITU SIGNIFIKASI MENGENAI KAWASAN LUAR BANDAR DENGAN – ATURCARA KHUSUS.
   
4.1 Sepertimana dijelaskan keperihatinan Baginda terhadap kesusahan dan penderitaan rakyat terutama di luar bandar, maka program Kembara Mahkota Johor 2009 Jelajah Pedalaman turut menyaksikan penyertaan sokongan tajaan pelbagai pihak termasuk AGENSI KERAJAAN / SEKTOR KORPORAT dalam memberi sumbangan ke arah kebajikan seperti penyampaian basikal untuk kanak-kanak / pelajar termiskin, komputer di sekolah-sekolah terpilih, penyampaian sumbangan wang tunai ibu tunggal, pembinaan rumah bagi mereka yang tidak berkemampuan sumbangan kepada penerimaan bencana alam dan lain – lain sumbangan peribadi oleh DYAM Tunku Mahkota Johor sendiri;
   
4.2 Kembara Mahkota Johor 2009 Jelajah Pedalaman pada tahun ini juga akan turut memberi tumpuan kepada program perumahan rakyat yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri khususnya untuk golongan miskin tegar dan miskin;
   
4.3 Kerajaan Negeri melalui program pembasmian kemiskinan, Negeri Johor mensasarkan sifar miskin tegar menjelang tahun 2010;
   
4.4 Antara strategi dan pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri termasuklah membaiki rumah-rumah yang rosak dan membina rumah-rumah baru untuk golongan ini.
     
SOALAN 5 : DIFAHAMKAN BAGINDA SERTA AHLI KELUARGA BAGINDA TURUT SAMA BERSAMA RAKYAT SEPANJANG PROGRAM KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2009 INI ?
   
5.1 Sejak tradisi Kembara Mahkota Johor 2001, keluarga DYAM Tunku Mahkota Johor termasuk YAM Tunku Zarith Safiah serta anakanda – anakanda Baginda telah bersama-sama menyokong dan menyelami kehidupan rakyat. Selain itu, menjadi hasrat Tunku Mahkota Johor ingin melihat anakanda beliau belajar dari ayahanda baginda (Sultan Johor) dari cara pergaulan bercakap dengan rakyat.
     
SOALAN 6 : BAGAIMANA DENGAN AKTIVITI – AKTIVITI YANG DISUSUN SEPANJANG 4 HARI 3 MALAM ?
   
6.1 Sepanjang 4 hari 3 malam Baginda DYAM Tunku Mahkota Johor akan berpeluang bertemu rakyat dengan pengisian acara-acara cukup PADAT di setiap daerah dan Baginda Tunku Mahkota Johor dijangka akan membuat persinggahan menjelajah di 10 daerah utama seluruh Negeri Johor sepertimana berikut:-
  Hari Pertama 4hb. Julai, 2009 (Sabtu)
Jarak Perjalanan 267.0 KM,

Hari Kedua 5hb. Julai, 2009 (Ahad)
Jarak Perjalanan 298.0 KM,

Hari Ketiga 6hb. Julai 2009 (Isnin)
Jarak Perjalanan 296.0 KM,

Hari Keempat 7hb. Julai, 2009 (Selasa)
Jarak Perjalanan 227.0 KM,

Jarak keseluruhan = 1088.0 KM

Berakhir di Majlis Penutup Kembara Mahkota Johor 2009 Jelajah Pedalaman bertempat di Kg. Nelayan, Benut, Pontian, Johor.
     
SOALAN 7 : PADA PANDANGAN KERAJAAN NEGERI (Y.BHG. HJ ) APA KAITAN PELANCONGAN DALAM PROGRAM KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2009 JELAJAH PEDALAMAN INI?
   
7.1 Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Kembara Mahkota Johor adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan institusi Diraja dan para pemimpin negeri dengan rakyat jelata;
   
7.2 Akan tetapi sama ada kita sedar atau sebaliknya, Kembara Mahkota Johor 2009 Jelajah Pedalaman ini juga secara tidak langsung telah memberikan kesan terhadap ekonomi Negeri Johor khususnya terhadap industri pelancongan Negeri Johor. Kenapa saya berkata sedemikian adalah kerana dari segi PUBLISITI/HEBAHAN MELUAS yang mana akan melibatkan wartawan-wartawan media elektronik dan media cetak yang akan turut serta dalam program ini untuk membuat liputan-liputan berita dan menyiarkan laluan-laluan, lokasi-lokasi serta produk-produk pelancongan yang terdapat di seluruh Negeri Johor. Ini secara tidak langsung akan menarik minat rakyat di negara ini khususnya warga Negeri Johor untuk mengenali setiap destinasi pelancongan menarik yang terdapat di Negeri Johor;
   
7.3 Umpamanya jika dilihat pada program Kembara Mahkota Johor 2009 Jelajah Pedalaman ini yang telah disusun, pada hari pertama iaitu pada 4hb. Julai 2009, DYAM Tunku Mahkota Johor dan ahli rombongan akan berangkat ke Kg. Perigi Acheh, Pasir Gudang, Johor. Ini merupakan kawasan homestay yang menjadi tumpuan para pelancong terutama dari pasaran Negara Jepun, Korea dan negara jiran Singapura;
   
7.4 Manakala Daerah Ledang, yang cukup sinonim dengan Lagenda Puteri Gunung Ledang, DYAM. Tunku Mahkota Johor akan bermalam di salah satu destinasi/tarikan pelancongan yang popular terdapat di Daerah Ledang iaitu Gunung Ledang yang diZONkan dalam kawasan Taman Negara Johor Gunung Ledang;
   
7.5 Selain itu, beberapa destinasi -destinasi pelancongan lain yang menarik turut akan dijelajahi oleh DYAM Tunku Mahkota Johor iaitu beberapa perkampungan orang asli dan perkampungan pendalaman luar bandar yang menjanjikan pemandangan yang menarik dan mempunyai keindahan alam semulajadinya dan sebagainya.
     
SOALAN 8 : AKHIR SEKALI, APAKAH HARAPAN KERAJAAN NEGERI (Y.BHG. HJ ) DALAM MENJAYAKAN KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2009-JELAJAH PENDALAMAN ?
   
8.1 Usaha ke arah memartabatkan INSTITUSI DIRAJA sebagai payung yang memayungi kesejahteraan rakyat segenap lapisan dan keperihatinan BAGINDA DYAM Tunku Mahkota Johor dalam memberi perhatian soal pembangunan dan kebajikan RAKYAT akan MEMBERI SENTUHAN di hati rakyat Johor, secara keseluruhan;
   
8.2 Sesungguhnya seluruh rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim amat menanti-nantikan tarikh Kembara Mahkota Johor pada setiap tahun untuk bertemu dengan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar Al-Haj, bersama-sama YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri Johor dalam rangka program “turun ke padang” untuk bertemu dan beramah mesra.
   Photo Gallery
Title: Kembara Mahkota Johor 2009
Total Photo(s) : 33
What is your e-mail address?
My email :
Your password associated with TourismJohor.com

- Did you forgot your password?
- New user? Sign up NOW!
Subscribe to our monthly newsletter for content updates
Johor Maps
Kembara Tengku Mahkota Johor


Last Updated
14 May 2010
Sitemap | Privacy Policy | Downloads | Terms and Conditions | Corporate | Feedback
All contents Copyright & Legal Disclaimer � 2002 - 2010 TourismJohor.com
Please review the Terms and Conditions before using this site as you are bound by it. All rights reserved.